Wednesday, November 25, 2009

blog berlagu pilu

hari jadian

semalam hari jadi aku yang ke 18. kerana no 18 tu, kemain lagi kak pah gelakkan aku. aku perasan rupanya ada awek lain (yang sama2 kat uni dulu) same birth date dengan aku. itu pun kalau dia masih lagi berstatus awek. tapi yang aku tau aku tak ingat dah rupa dia. aku jugak baru tau yang ustaz sallehudin al lagho, kawan masa kat uni dulu, birth date dia dua hari selepas aku. patut la aura lagho dia tu terpercik kat aku. hampeh ko din! (sumber: yahoogroups budak2 uni dulu) ape2 hal, tahun ni aku dapat hadiah besar! hadiah perkahwinan sahabat. semuga kekal sampai akhir usia. amin. p/s: genap usia aku tahun ni bermakna genap 20 tahun permergian arwah ayah. al fatihah.

kenduri kawen

ada la kad jemputan kawen yang aku buatkan tajuk entry sebelum ni. tarikh kat sebelah 'bakal wife' kawan aku tu pada 5hb. itu tarikh hari jadi kawan aku si roden depan umah aku. hampeh je roden. sedau2 je anak dah besau. badan dia pun besau macam gajah. (tiba2 lari topik..huhu)

moti-basi

petang tadi aku kena masuk mesen basuh. gila kau bila kena basuh lagi bila dah tua bingka ni. tapi itulah aku. kalau tak kena motivasi, memang tak jadi orang. baru kena ujian sikit, dah botakkan kepala. tak kuasa i nyah! haha

raya haji

ada aku kisah ngan rombongan balik kampung berduyun2? aku tanak balik!!!!!!!!

belasungkawa ayah

ini bukan arwah ayah aku. tapi pak cik yang baru aku kenal. dia selalu bercakap pasal akhirat dengan aku. tapi sedar2 je dengar berita dia dah di ambil pulang ke sana. al fatihah.
'ayah dah ajar anak2 ayah untuk hidup. ayah dah bagi semua keperluan dunia dan akhirat. selebihnya diorang ada akal untuk memikirkan jalan mana yang harus mereka ikut. ayah dah bersedia untuk pergi' perbualan ini hanya antara aku dan ayah. anak2 ayah sorang pun tatau!

tunjang sa'adah

lambat giler aku nak update. kalau tak buat ni memang aku nak kena pukul dengan tukul besi ngan ajami. dua minggu lepas dapat sms dari ajami. eleh, kalau takde sms tu, aku memang perasan yang penulis skrip nama ajami hashim tulisan kaler pink besau2 kat skrin. hehe. pis yaw!
mula2 aku nengok nama ajami as scriptwriter, terus aku lari2 cari hp. dah budget dah musti ajami sms punya. nasib aku takde kredit nak reply. kalau tak, mesti ajami bangga ada kawan macam aku. haha. so, dengan muka tak malu aku buat review ala2 family man yang selalu tengok cerekarama.
kena tegur dulu.
1- rozita che wan memang terlalu cantik dan menggoda untuk jadi orang gaji.
2-aku yang terkeliru atau aku yang tak tumpu perhatian-mama norlia tu mak norman hakim ke mak mertua? kejap ada kejap takde kat umah besau tu..
kena puji la pulak.
1-watak irma memang bersahaja. peguam yang cun dan sempoi.
2-takde cliche mcm kita selalu tengok-mungkin ni karya pertama dan kompom la ajami buat sehabis baik. tapi masih ada lubang sana sini. orang dalam industri mungkin lagi paham. cuma cerita yang di ceritakan semula oleh irma tu agak mengejutkan pasal plan norman hakim. rasanya tak pernah berlaku dalam cerekarama cerita penghujung jadi macam tu. tapi part ending main tulis2 tu tak berapa nak gemarlah. memang syarat slot cerekarama panjang tu je kan? apa boleh buat. mana2 yang terlebih kenalah taip cerita kasi paste kat skrin tv...untuk watak abang dan kakak ipar rozita che wan pun ok. isu pun ok. org melayu mmg tak lari ngan isu tanah2 ni. tapi tak terpk pulak ajami boleh pk nak angkat watak orang gaji. rasanya kalau ambik dian sastrowadoyo pun ok gak kan mi? ye lah, org kita kan pakai orang gaji dari indon. hehe. eh orang gaji pulak. pembantu rumah!
sinop dari kaca mata razor:
kisah pembantu rumah orang kita yang cun nampaknya perlu tamat setelah kematian isteri tuannya. walaupun berat hati untuk meninggalkan anak yang di asuh (mana dapat walkie talkie tu ha? memang cun la idea tu. akhirnya benda tu alah jugak yang menyebabkan norman hakim terjatuh). si pembantu rumah itu akhirnya pulang juga ke kampung halaman. ada konflik antara ketamakan isteri dan suami yang ngok tidak sedikit pun menjejaskan emosi si gadis tabah. nak di jadikan cerita oleh kerana mama norlia ni berkenan sangat dengan rcw, norman pun kahwinlah dengan rcw. norman yang memang dah nak tak nak tu kat rcw di jadikan satu scene bertemu buku dengan ruas (anak duk kat luar pagar, rcw kat dapur duk bergayut kat tepon, masakan dah hangus, ari jadi norman lak tu, bercakap dalam tepon pasal pujuk2 suami dia nak pinjam duit). ending dia? korang dah tengok.

syabas ajami!

p/s: tahu tak kebanyakan orang bila tengok cite best diorang akan cakap, "korang tengok tak citer xyz belakon semalam? best kan?" tak pasal2 pelakon dulu yang kena puji. padahal ajami yang duk bersengkang mata. err...bila nak belanja makan? kalau makan2 kat umah kak nurul macam ari tu pun ok apa? hehe.

Monday, November 02, 2009

terbalikkan emosi

aku gumbira.

awek pujaan aku dah nak kawen.

aku gumbira.

kawen dengan kawan baik ku.






*tgh cari lagu pelamin anganku musnah. sobsobsob

Wednesday, October 14, 2009

cuba jawap

korang rasa tak apa yang aku rasa?











rasa sayang hey!

Thursday, September 10, 2009

edisi apa pulak kali ni

(gamba aku dan baju melayu taun lepas. gambar taun ni versi kurus bakal menjelma dalam entry lepas raya. baju raya recycle la gamaknya taun ni)
Lelaki2 melayu yang aku kenal

Adi

Bukan adi abang aku. Tapi adi yang aku nak cerita ini adalah adi import dari Lombok. Adi yang umurnya baru 20tahun. Adi yang punyai 2 bini. Di Lombok, bininya no2 baru saja melahirkan anak pertama. Di Melaka, bini pertama asal dari medan, Indonesia. Anak dengan isteri pertama sudah setahun usianya dan kini dibesarkan oleh datuk dan neneknya di medan. Mula mengenali adi, aku banyak rasa kagum. Cliché bagi seorang lelaki melayu yang merantau demi sesuap nasi untuk dirinya, sesuap nasi untuk anak-anak dan isteri-isteri, juga demi keluarga nun sejauh seminggu perjalanan dari Terengganu; adi menunjukkan sikap yang luar biasa baiknya. Jujurnya memikat hati semua orang. Saban malam bila habis waktu bekerja, aku dan adi akan duduk bersila makan bersama sambil menonton berita tengah malam. Matanya cukup tajam memerhati siaran berita dalam bahasa Malaysia; tajam penglihatan dan pengamatannya pada berita2 kecelakaan di negara sendiri. Jika tiada apa yang menarik perhatiannya pada kaca tv itu, dia berborak dengan aku. Cerita tentang tempat asalnya; gunung renjani yang katanya mistik. “makan dengan abang, rasa seperti dengan keponakan di Lombok sana” ujarnya sambil makan2 itu. aku tersenyum kerana dapat ‘membawa’ dia pulang seketika. Suatu hari, aku bercakap dengan seorang pekerja lain tentang adi, katanya; “kalau takde duit kenapa nak kahwin dua?” aku tak tau sama ada aku setuju atau tidak namun aku rasa kepala aku terangguk2 mendengar kata2 itu. duit aku, duit bos aku dan aku tau ada duit budak2 lain juga yang dia pinjam untuk kelangsungan hidupnya. Apatah lagi duit untuk kelangsungan dua anaknya yang tak pernah terlihatkan olehnya. Anak yang belum pernah di pegang, di peluk mahupun di cium ubun2nya. Segala pakaiannya adi masih ada di sana. Cuma dia saja sudah hilang entah kemana. Hilang? Bukan! Adi sudah lari..nombor telefonnya di jawab oleh; “ini bukan adi, ini teman adi” tapi suaranya mirip suara adi. Aku kenal suara adi.

kalau baik, semua orang suka. tapi kalau tak baik, semua orang benci. kan?

Sam

Tak kisahlah kalau ada yang memanggilnya sam (baca suku kata pertama sempoi). Tapi aku maksudkan sam (baca suku kata pertama sampah). Sam kawan aku kira2 5 tahun lalu. Tak payahlah aku nyatakan secara mendalam tentang lelaki yang lebih kira2 5 tahun usianya berbanding usia aku. Paragraph ini tiada kaitan dengan perkataan lima atau nombor 5 tapi sumpah, belum sampai lima patah kata2 yang dihamburkan sam, aku dah cukup menyampah. Mulut aku mungkin ada manis tapi dalam hati aku rasa sumpah seranah dah boleh masuk bakul. Satu hari sam jumpa aku; “orang lain kurus, tough. Kau?” aku tak jawap. Satu sebabnya aku menyampah. Dua sebabnya itu soalan yang tak perlukan jawapan. Tapi gaya sam macam biasalah; “ha?” mesti mahu tau jawapan atas tiap soalannya. Aku buat2 jadi tugu yang tersenyum. “atau kau dah tough, meh aku rasa” tangan dia sempat jugak picit bisep kiri aku walaupun aku guna hikmat tepis2 debu jalanan. Jahanam! Hikayat menyampah ini mulanya suatu hari kami duduk ramai2, sam tanya; “weh, abu dapat kerja kat sana ke? Fuh, gaji mesti besar tu. Best a dia. Dia ada cakap gaji dia berapa? Macamana dia dapat kerja situ a?” aku Tanya dia balik “ko ni sam, beria2 tanya. Apahal?” selamba campur toya campur tak bersalah langsung dia mengakui yang dia rasa; “mana boleh, senang je dia dapat kerja situ. Mana boleh jadi.” Satu; dia dengki. Dua; dia tak boleh terima siapa2 yang pernah jadi kawan dia lebih bernasib baik dari dia. Tiga; dia mengakui semua perkara2 tu dengan rasa dia betul.

Wan
Nama sebenar mungkin azwan. Mungkin juga wan something. Entahlah. Kami panggil dia wan. Dia ni memang pelik. Dulu, dia pernah merajuk dengan kami; kawan2 dia sejak dolu2. sebabnya dia kata kami ni tak layan dia. Selama ni dia yang selalu jejak kami waima untuk bertanya khabar. Sedangkan kawan2; hampeh! Sudahnya bila suatu hari aku call dia tanya khabar, dia buat dek je. Bila tanya2 kenapa dia mcm sombong, terus dia fire aku. Teruk jugak lah aku kena sekolah. Bila aku mengadu, eh bila aku refer kat kawan2 kami yang lain, semua pakat gelak. Iyelah, selama ini pun kami geng2 semua bukannya stay connected. Tenggelam timbul jugak. Tapi dia je yang nampak benar dahaga kasih sayang. Keputusannya; kami biarkan je dia dan perangai yang tak semenggah tu. Tapi tu cerita dulu. Zaman siti belum dapat dato’. baru2 ni, kami ramai2 pakat buat re-bersatu. Aku perasan wan dah lain, dia macam dah matang. Ada gaya2 aku sikit; lantak korang lah nak jadi dan nak buat apa pun. Kalau susah, korang cari aku dan time tu aku boleh tolong; aku tolong. Kalau tak boleh, aku cakap terang2; tak boleh tolong. Dua tiga hari lepas re-bersatu tu, dia datang rumah aku. Sembang punya sembang. Lama2 keluarlah dia punya perangai sebenar dia yang macam dulu tu. Aku tensi! Minggu lepas dia call aku, katanya dia dengan kawan2 nak lepak kat satu tempat yang jauhnya makan 400km dari tempat aku berada. Jadinya aku cakap je; “enjoy yourself lah!” dia pun dengan suara girang berjanji bahawa perjumpaan yang dia arrange malamnya nanti akan jadi best sebab; satu sebabnya dia yang arrange. Dua sebabnya ramai kawan2 kami yang katanya nak datang bahkan ada kawan2 yang tak datang re-bersatu dulu tu akan buat comeback juga. Semuanya atas pujukan dia. Tiga sebab tempat yang dia nak buat ni lebih grand dengan tempat re-bersatu yang aku buat dulu. Aku kisah ke? Alih2 kawan2 aku yang lain diam je. Aku agak dah, orang lelaki kalau diam maksudnya menyorok! aku agak malam tu semua pakat menyorok.

panjang
aku bila dah dapat menaip, memang tak akan ada perasaan yang entry aku jadi panjang. bila aku surf pakai nset 3310 aku, baru aku tau entry aku panjang dan makan masa aku nak scroll kat hp. ciss..

hujung puasa
raya dah dekat. kawan2 jauh dah mula call tanya bila nak balik, cuti berapa hari. aku cadang nak raya kl a taun ni. gempak tak? lalala

kenduri
dari bagan turun kuantan. kelantan pulak dua alamat. kat selangor ada jugak satu. kat batu pahat pun ada satu. semua nak rembat tarikh seminggu selepas raya. kepada kawan2 aku cakap 'kalau tak ada kad jemputan, aku ada alasan tak pergi majlis korang' lalala

balik lagi
itu lah dia. aku dah plan baek nak balik raya sambil nyanyi lagu hohoho balik kg arwahnya sudirman tu tapi lain pulak jadinya. ahad ni ada appointmen. so, sabtu ni dah chow. nampak gayanya aku paling awal la balik kg taun ni. awal seminggu dari hari raya. macam hape je..

raya ke?
entah la. taun ni no duit raya. no baju raya. no no no. tak kuasa nak layan persiapan. taun depan lain cerita. taun ni tengah cari jalan nak raya di perantauan. korang ada kawan ngan orang tv tak? teringin nak buat liputan beraya di perantauan. zoom in banduan beraya pun ok gak. itu lebih baik dari beraya di kampung aku taun ni. lalala

csi:miami
itu hari aku tegur kawan aku call time aku tengah tgk mcmana seorang awek kena tembak kat bahagian dada sebelum dia mati. episod tu baru nak mula, kawan aku call. apalagi, kawan aku siap sekolahkan aku. 'tak guna puasa duk mengadap mender tu je'. aku cakap la 'ala, aku pakai spek itam ni ha' lalala..redup sket pandangan kan? kan?

zakat
rm7 kat kl? pergh. afdal bayar kat tmpt kita cari rezeki kan? kena bayar kat tganu la taun ni.

pendek
entry aku boleh tahan pendek je ni kan?

selamat
sebab aku dah nak balik kg. aku ucap selamat hari raya, maaf zahir batin selama setahun aku di persada blog. panjang umur, jumpa lagi di ramadhan taun depan.


Thursday, August 27, 2009

edisi tongkat dagu

Kisah Semalam

Aku dengan langkah antara longlai dan perkasa (longlai kerana aku puasa, perkasa kerana aku mahu berjumpa kawan-kawan yang sekian lama tidak berjumpa) menuju ke bangunan keramat itu. Beberapa minggu yang lalu aku pernah berjanji dengan kawan-kawan untuk datang berjumpa dengan mereka semua di bangunan itu. Kerana perkara yang tidak upaya aku elakkan, aku memilih untuk mungkir janji dengan segala umat ini. Namun semalam aku tidak terdaya lagi untuk memungkiri janji (apatah lagi sejak 10 pagi, henset aku di hujani panggilan telefon dari mereka). Setelah lebih 24 jam aku berada di bumi Kuala Lumpur ini, akhirnya aku menapak jua memanjat bangunan itu.

Maybank, Credit Card Center, Remedial and Fraud, Collection Unit.

Itu namanya semasa aku kerja disitu dulu. Sejak aku dinaikkan pangkat dan seterusnya aku berhenti kerja dari bank nombor satu ini, aku tidak pernah lagi berkunjung kesitu. Sudah berapa ramai staf baru yang keluar masuk disitu. Namun apa yang pasti sebahagian daripada mereka masih mengingati aku. Bukan sekadar ingat malah lebih dari itu.

Satu persatu wajah dan susuk tubuh kawan datang menyalami bertanya khabar aku. Mereka adalah orang yang tiada berbeza dengan orang-orang yang pernah aku tinggalkan dulu. Segala macam cerita telah orang-orang ini lalui tanpa aku. Begitu juga dengan aku. Segala macam perkara yang berlaku pada diri aku tanpa mereka semua.

Aku gembira melihat mereka.

Walau ada diantara mereka yang tidak gembira melihat aku.

‘bergembiralah, lupakan kesedihan’ – Sare.

‘kami nak kalau boleh kau selalu ada bersama kami, suka duka bersama tapi apakan daya…’- Afzan.

Sekian.

Kecewa Semalam

Pagi tadi, selesai sahur, sementara menunggu azan subuh, aku habiskan helaian-helaian akhir novel Lasykar Pelangi karya Andrea Hirata (puasa masuk hari ke6, Al Quran belum aku buka lagi. Haih). Semalam aku merasa kecewa kerana novel ini.

Ceritanya; Beberapa hari yang lalu, ketika aku mengira detik ketibaan bas Sani Ekspress yang akan membawa aku ke bumi Kuala Lumpur dari kota Kuala Terengganu yang serba kurang itu, aku terbawa ke dalam sebuah kedai buku kecil tapi besar. Kecil kerana ianya terpencil di balik besar dan luasnya saujana mata memandang hentian teksi yang pemandunya pak cik-pak cik tua usia kebanyaknya lebih separuh abad. Besarnya toko buku itu pula kerana didalamnya ada kelegaan yang luar biasa adanya. Mungkin kerana tidak terdapat banyak almari di tengah ruang kedai. Mungkin juga tiada pengunjung pada tengahari hari pada bulan puasa. Atau mungkin juga kekurangan pekerja yang berjalan-jalan bersilang tangan di belakang. Di dalam kedai itulah aku terlihat novel Lasykar Pelangi. Aku pernah membaca pujian tentang buku itu sebelum ini. Mungkin di internet. Mungkin di suratkhabar. Jadi aku mewajibkan diri untuk membeli buku itu. Tambahan pula aku terpukau dengan satu pengakuan yang ‘buku itu di ulang cetak dengan penambahbaikan kulit luar sementara kandungan teks terpelihara’. Aku jadi lebih gembira kerana aku berjumpa dengan satu karya agung dari tanah seberang yang di persembahkan asli dalam bahasa Indonesia. Yes yes yes.

Semalam aku ke toko buku yang agak popular di tengah-tengah bumi Kuala Lumpur ini. Buku Andrea Hirata yang lain ada disitu; Edensor (nama satu tempat di negara orang putih yang digila-gilakan ‘Ikal’ selalu saja disebut didalam novel Lasykar Pelangi). Di luar kedai, hujan lebat mencurah-curah. Terkadang ada kilat terang benderang yang mengheret guruh kasar. Aku jadi lama dalam kedai itu. Disitu aku tahu yang semua buku-buku itu telah di alih bahasa oleh sebuah syarikat ‘sendirian berhad’. Kerana itulah semalam aku cuba membuat panggilan kepada seorang novelis tersohor yang pernah memuji karya Lasykar Pelangi itu. Ingin sekali aku bertanya yang beliau membaca buku itu dalam versi Malaysia atau Indonesia. Aku kecewa kerana selama beberapa hari ini aku menelaah buku yang aku kira dalam versi asal namun ianya telah di alih bahasa (patutlah setiap kali, aku terfikir yang bahasa Andrea ini sudah banyak tersampuk bahasa Malaysia).

Adakah dari kamu yang mempunyai tali persaudaraan atau mengenali atau selalu ke Indonesia? Dapatkah kamu membantu aku? Aku mahukan karya Lasykar Pelangi itu dalam versi Indonesia.

Sekian.

Penangan Lasykar Pelangi

Aku tak tahu aku sudah jatuh cinta dengan Andrea Hirata atau buku Lasykar Pelangi. Kerana sudah masuk bab baru aku masih mahu bercerita tentang buku ini. Aku jadi lebih meroyan jika dapat membaca karya dalam bahasa Indonesia. Tolak satu markah pahala puasa kerana aku hampir gila meroyan.

Pada mereka yang tidak suka membaca novel (atau tidak berkesempatan) dan agak memandang serong pada aku yang asyik membaca novel, biar aku cerita tentang buku itu.

Dari pengetahuan aku:

Andrea Hirata adalah seorang yang suka menulis sambil tersenyum bila tiba saatnya dia mahu membuat perenggan kelakar. Aku tergelak sendirian bila membaca bahagian-bahagian lawaknya. Seraya itu aku juga tergambar yang beliau sendiri tergelak membaca apa yang dia tulis. Namun semua itu jujur. Kesedihannya jujur. Dia adalah seorang yang serba tahu. Seorang yang berat dengan banyak perkara yang dihafalnya. Kadang-kadang dia adalah ‘Lintang’ yang genius itu. Kadang-kadang dia adalah ‘Mahar’ yang seniman itu. Kadang-kadang dia juga sedikit ‘Trapani’ tapi jelas sekali dia tidak mahu jadi seperti itu. Semua anak-anak termiskin di sekolah agama termiskin di Pulau Belitong itu seolah pecahan-pecahan kecil jiwanya sendiri. Namun ianya di sorokkan dan di bangunkan menjadi insane-insan berlainan yang diberi nama Shahdan, A Kiong, Trapani, Lintang, Sahara, Borek (baca Bore) atau Samson, Mahar, Flo, Harun yang sebetulnya tidak termasuk dalam kumpulan mereka kerana wataknya seperti tidak perlu. Tapi dia begitu penting. Err…penting tapi tak perlu. Bagaimana mahu aku ungkapkan? Aku sukakan bab paling akhir di mana watak aku itu di tujukan Shahdan buat dirinya, Ikal.

Sekian.

Wanita Perkasa

Aku sudah menaip tajuk wanita perkasa ini selepas aku taip tentang ‘kisah semalam’ diatas tapi kerana penangan novel Lasykar Pelangi aku lupakan seketika tentang wanita perkasa. Andai di beri kesempatan dari Ilahi, ingin sekali aku nukilkan akan cerita tentang wanita perkasa ini. Aku sudah nyatakan hasratku untuk menjadikan beliau, sahabatku itu sebagai watak dalam penceritaanku. Dia tidak menyatakan apa-apa. Setuju tidak. Tidak apatah lagi. Bukan aku mahu bercerita tentang sejarah hidupnya. Bukan aku mahu menyebut namanya. Namun aku begitu teruja mennyatakan disini yang wanita ini begitu mempengaruhi hidup aku. Bukan setakat aku, malah sebegitu ramai kawan-kawan kami yang lain.

Mukadimah;

Disaat aku cuba membuka lembaran kisah hidupnya, dia kini sudah terlalu jauh dari hidup kami. Dia kini bukan lagi perempuan yang dulu bersama-sama kami. Ada sesuatu yang membuatkannya begitu jauh. Dirinya, hatinya dan perasaannya telah di bawa lari jauh meninggalkan kami yang tidak pernah tahu apa-apa tentang dirinya. Segala apa yang berlaku pada dirinya, kami akan di beritahu di saat akhir (atau di sorokkan terus). Perkahwinannya yang tiba-tiba. Itu saja.

‘dia terlalu penat melawan apa yang dia alami. Dia menggagau jauh ke dalam lubuk jiwanya mencari bahagia yang ikhlas demi menutup laranya. Laranya sebesar gunung. Namun ketawanya yang kecil itu bisa membakar laranya. Kenapa hanya kami yang tahu dia begitu menyembunyi? kenapa tidak dia?’ – aku.

Sekian.

Mikhail

Hah! Bab ini tentang buku lagi. Satu buku wajib adalah Lasykar Pelangi. Satu buku cadangan seorang fanatik novel di menara Maybank; Mikhail karya Ramlee Awang Murshid. Aduh! Aku sebenarnya tidak mengangkat saudara Ramlee sebagai novelis kegemaran aku. Apatah lagi karya Ungu Karmilanya masih belum habis aku khatam (Rahsia Perindu pun sama. Tapi aku bagi two thumbs up untuk trilogy ‘Suman dan Haryati’). Bukan salah karyanya. Bukan silap perhitungan saudara Ramlee. Tapi aku salahkan si fanatik novel itu yang terlalu mengagumi penulis yang bernama Ramlee Awang Murshid ini. Sehingga di puji melambung-lambung semua buku-buku karya beliau (diceritakan bagaimana sukarnya dia menghabiskan bacaan novel Tumbiruo yang ketika itu dia sarat mengandung satu-satunya anaknya itu). Sudahnya, aku tak berdaya menghabiskan pembacaan aku kerana si fanatik novel itu asyik bercerita indah-indah melangkaui imaginasi aku pada karya-karya novelis tersohor itu. Karya Mikhail ini aku beli kerana;

1: dengan seriusnya si fanatic novel ini berkata; ‘Best. Lagi best dari Ungu Karmila’,

2: aku tidak bekerja lagi bersama dengan si fanatik novel itu,

Maka dengan tidak berfikir panjang lagi, aku memilih buku ini daripada aku menggunakan banyak masa untuk aku berfikir; ‘buku apakah lagi yang masih belum aku baca karya Abdul Rahim Awang?’. Tapi mungkin bukan sekarang, aku harus siapkan kerja-kerjaku (dan mungkin juga aku kena baca Al-Quran) yang tertangguh. Barulah aku mula membaca Mikhail.

Sekian.

Puasa

Cerita sedikit pasal ramadhan yang menguji jiwa ini. Berpuasa di bumi Kuala Lumpur memang jauh bezanya jika mahu di bandingkan di Kuala Terengganu. Di sini segalanya lebih. Lebih memenatkan. Lebih meriah. Lebih terasa. Lebih syahdu. Lebih malang lagi disini lebih ramai warga yang bersimpang siur di mana-mana. Di masjid. Di jalan. Di jalan Masjid India. Ya, semalam aku ada di sana. Fuh!

Sekian.

Sekian

(sekali lalu membacanya, seperti membaca Kesian. Kan?)

Tuesday, August 18, 2009

selamat

selamat datang ya ramadhan

klik sini

Friday, August 07, 2009

nak makan ape?

GUGUR.
gugur air mata ke bumi bila baca komen kawan-kawan kat blog.rupa-rupanya aku masih diterima di persada blog.walaupon dah berjuta kali tak dapat join preview filem.haih.maskara kali ni pon tanpa aku sebagai tukang tepuk.alahai.harap-harap sindiket soljah boleh buat maskara kat terengganu.hehe.

KOMEN.
kepada penggomen,mintak mahap la sebab tak sebab aku tak sempat nak reply komen.jangan caci maki aku.nak sound tepek,terus smsm atau call ok!

PROJEK.
wei,nak pegi tak buka puasa kat rumah anak yatim kat setapak tu?kalau nak angkat tangan.

MAKE OVER.
terimalah gambar aku sebelum diet dan selepas diet.

.
.
.
.
.
.
.


alamak.tak boleh trnsferlah.hp aku cap ayam je.nanti-nanti la eh.kui3..

p/s-tiada pesanan!